sajak khayalan

ketika lapar menisi tumpuan fikiran
aku menangisi keluhan-keluhan umat
untuk aku berkongsi rasa
rasa susah rasa derita
rasa sedih rasa kecewa
rasa harapan rasa meminta
rasa malu rasa hina
langkah lemah mancari haluan
haluan yang kosong
jalan yang kusam
yang tiada kesudahan
dengan pengharapan
pengharapan palsu yang tidak kemana
hanya bising seperti sahutan unggas rimba
melihat diri bagai mencari maksud
mendengar tangisan raungan
kepedihan
yang tiada kesudahan
dengan pengharapan
pengharapan palsu yang tidak kemana
hanya bising seperti sahutan unggas rimba
melihat diri bagai mencari maksud
mendengar tangisan raungan
kepedihan
dalam keadaan lapar ini yang pura-pura
dalam merenung
lapar mereka lapar yang berterusan
bagai siang tiada senja
bagai siang tiada senja
kerana aku adalah pengkhayal agung
menghayal kedamaian
menghayal kebahagiaan
menghayal kegembiraan
menghayal perpaduan
menghayal belas kasihan
menghayal kegembiraan
menghayal perpaduan
menghayal belas kasihan
menghayal
rezeki buat anak-anak lapar
menghayal
menghayal
kasih isteri yang hilang suami
menghayal
menghayal
rindu ibu yang mencari anak-anak hilang
menghayal
menghayal
kejayaan pejuang-pejuang suci
menghayal
mencari penghujung usia
dan menutup mata dalam pelukan ibu
dan menutup mata dalam pelukan ibu
mengharap janji syurga hakiki
mengenang dosa
menghayal keampunan
menghitung belas yang tak ketentuan
0 Comments:
Post a Comment
<< Home