Tuesday, January 23, 2007

bz study..




sorri aku dah lama tak tulis blog....bz study...setiap hari aku akan rushing ke kelas yang sepatutnya start pukul 5.30 ptg tapi aku sampai 6.30 kerana jarak putrajaya dgn shah alam agak jauh...kelas habis pukul 11.30...4 hari seminggu...

apa pun aku enjoy study..dgn kawan-kawan dari pelbagai negara..dan usia..err budak pompuan tu satu group je..takde scandal..jgn buat cerita plak..

acik dah lama try call tak dapat...tsunami effected ke Bluran..abah ok..selepas diuji dengan banjir..mengadu kat aku pokok durian 2 batang dah mati..aku kata ok la tu..abah selamat..asal kereta tak rosak...

Thursday, November 09, 2006

selangkah lagi


dunia ini kadang kala terlalu luas..kadang kala terlalu kecil...aku selalu teringat-inagt sahabat ku azhari yg bekerja di Germany..tup-tup aku jumpa dia tempoh hari..rupanya dah tiga tahun dia disini..dia bekerja merantau...kerana jaga sales south east asia reagion...

disini aku dihimpit oleh para supplier dan kontraktor....semalam makan best..orang belanja...ketika ini aku memikirkan rezeki yg aku raih..juga dugaan yang mendatang..

apa pun aku seronok semalam imran baik semayang isyak berimam dengan ku...

Sunday, October 29, 2006

sajak khayalan


ketika lapar menisi tumpuan fikiran
aku menangisi keluhan-keluhan umat
untuk aku berkongsi rasa
rasa susah rasa derita
rasa sedih rasa kecewa
rasa harapan rasa meminta
rasa malu rasa hina

langkah lemah mancari haluan
haluan yang kosong
jalan yang kusam
yang tiada kesudahan
dengan pengharapan
pengharapan palsu yang tidak kemana
hanya bising seperti sahutan unggas rimba
melihat diri bagai mencari maksud
mendengar tangisan raungan
kepedihan

dalam keadaan lapar ini yang pura-pura
dalam merenung
lapar mereka lapar yang berterusan
bagai siang tiada senja

kerana aku adalah pengkhayal agung
menghayal kedamaian
menghayal kebahagiaan
menghayal kegembiraan
menghayal perpaduan
menghayal belas kasihan

menghayal
rezeki buat anak-anak lapar
menghayal
kasih isteri yang hilang suami
menghayal
rindu ibu yang mencari anak-anak hilang
menghayal
kejayaan pejuang-pejuang suci

menghayal
mencari penghujung usia
dan menutup mata dalam pelukan ibu

mengharap janji syurga hakiki
mengenang dosa
menghayal keampunan
menghitung belas yang tak ketentuan

dan masa terus berlalu


blog ini aku paparkan bagi merakam perjalan hidup ku..dari sudut spiritual..semoga menjadi wadah bagi mencermin menilai dan menegur diri ku sendiri..aku juga suka untuk membaca kritikan dan pandangan..

hari ini ..beberapa hari selepas kesyahduan eidulfitri..aku merasa masa bergerak terlalu pantas..benar kata-kata yang memberitahu di akhir zaman masa berlalu umpama sehari itu umpama mata yang berkedip...

malam tadi aku memakai semula kurta yang aku beli empat tahun dulu..masih seperti baru..baju masih baru..masa sudah empat tahun ..apa ertinya itu..

aku melihat abah semakin lanjut..ibu semakin uzur... terlalu sebak untuk memikirkan keadaan ini..

melihat diri ku...waktu-waktu yang berlalu... dan aku faham tuhan itu maha kuasa..kitalah makhluk yang lemah..kita tidak tahu apa yang akan berlaku...yang akan kita hadapi...